Covid-19: Kawasan Mataf Masjidilharam lengang

0
114

MEKAH – Arab Saudi mengumumkan Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah akan ditutup selama sejam selepas solat isyak dan dibuka sejam kemudian sebelum solat subuh setiap hari ini.

Memetik portal Arab News, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyebaran Covid-19 di negara itu.

Kerajaan Arab Saudi juga turut menggantung semua ziarah umrah Rabu lalu atas kebimbangan pihak berkuasa mengenai wabak berkenaan.

Seorang pegawai di Arab Saudi berkata, operasi pembersihan di kedua-dua masjid itu dilakukan sebagai langkah pencegahan sementara yang belum pernah terjadi sebelum ini.

“Tingkat atas masih terbuka untuk solat,” kata pegawai itu.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik akaun Facebook Haramain, kawasan Mataf yang lazimnya dipenuhi jemaah umrah untuk melakukan tawaf menjadi lengang. 

Kawasan Saie dimana jemaah umrah berjalan tujuh kali antara Bukit Safa dan Bukit Marwah ditutup sehingga larangan umrah dibuka semula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here