Covid-19 : Kematian ke-21 dicatatkan hari ni

0
87

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Seorang warga emas berumur 63 tahun menjadi korban ke-21 wabak Covid-19 di negara ini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut merupakan ke-1,588
daripada kluster perhimpunan tabligh.

“Beliau yang mempunyai latar belakang penyakit kronik telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac lalu.

“Ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 pukul 4 pagi,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham yang mewakili Kementerian Kesihatan turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga allahyarham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here