Covid-19: Kemelesetan ekonomi 2020 diramal seperti krisis 2008

0
85
Kristalina Georgieva

WASHINGTON – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan pandemik Covid-19 yang kini mencetuskan kemelesetan ekonomi global membawa kesan sama seperti krisis kewangan pada 2008, lapor agensi berita Sputnik.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva pada Isnin berkata, pandemik yang kini menular menjadi krisis kemanusiaan global itu akan menjejaskan pelbagai sektor termasuk ekonomi.

Beliau berkata, Covid-19 bukan sahaja menghalang pergerakan berbilion manusia ketika ini bahkan turut memberi kesan yang teruk kepada ekonomi dunia.

“Unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2020 adalah negatif dengan kesan buruk kemelesetan sama dengan krisis kewangan atau lebih buruk, tetapi kami menjangkakan ia akan pulih pada 2021,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kematian akibat wabak itu kini melebihi 15,000 orang dengan lebih 341,000 orang dijangkiti di seluruh dunia. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here