Covid-19: Kerajaan Indonesia mengaku sengaja tidak sebarkan maklumat tepat

0
1351
JOKO WIDODO

CYBERJAYA – Indonesia membuat pengakuan bahawa pihak kerajaan dengan sengaja tidak menyebarkan maklumat tepat berkenaan penyebaran Covid-19 bagi mengelakkan situasi panik dalam kalangan rakyat.

Menurut portal The Telegraph yang memetik laporan The Jakarta Post, pengakuan tersebut diakui oleh Presiden Joko Widodo.

“Kami tidak menyebarkan beberapa maklumat kepada awam kerana kita tidak mahu mewujudkan suasana panik.

“Kami telah bekerja keras untuk mengatasi masalah ini, kerana wabak ini boleh tersebar tanpa mengira batas sempadan,” katanya kepada Jakarta Post.

Widodo turut mengingatkan orang ramai supaya berjaga-jaga, dan berjanji akan menyalurkan maklumat berkenaan perebakan kluster Covid-19.

Kebanyakan kes yang disahkan tertumpu di Jakarta, namun terdapat juga laporan kes dikesan di barat dan tengah Pulau Jawa, Manado, Pontianak dan Bali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here