Covid-19: Kes positif di AS lepasi 100,000

0
58
Kapal hospital The Mercy sedang bersedia untuk berlabuh di Pelabuhan Los Angeles sebagai persediaan menghadapi ancaman wabak Covid-19.

CYBERJAYA – Amerika Syarikat menjadi negara pertama yang mempunyai kes positif Covid-19 melebihi 100,000 apabila sebanyak 15,000 penghidap disahkan positif lewat Jumaat (waktu tempatan).

Di New York, terdapat 44,000 kes disahkan dengan 6,000 pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital, dengan hampir 1,600 daripada jumlah itu ditempatkan di wad rawatan rapi (ICU).

Jumlah kematian di wilayah tersebut, setakat ini, kekal 519.

Di California, sebuah kapal hospital, The Mercy telah berlabuh di Pelabuhan Los Angeles bagi membantu situasi yang dihadapi.

Kapal yang mampu memuatkan 1,000 katil dan mempunyai sebuah pusat perubatan yang lengkap itu, diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk menerima pesakit.

Sementara itu, hospital di wilayah New York City, New Orleans, Detroit dan beberapa titik panas jangkitan lain melaporkan kekurangan ubatan, peralatan perubatan dan kakitangan terlatih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here