Covid-19: Kisah jururawat yang menyentuh hati

0
360

APA Khabar Orang Kita…Rakyat Malaysia, tolonglah hargai segala pengorbanan warga Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak Covid-19 ketika ini.

Permudahkanlah segala urusan barisan hadapan Kementerian Kesihatan dalam mengawal penularan Covid-19 ini dengan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan.

Dengan mematuhi segala peraturan Perintahan Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sehingga 31 Mac ini, ia sedikit sebanyak dapat memutuskan rantaian wabak ini.

Apabila berlaku pengurangan kes positif Covid-19 nanti, penulis percaya ia akan memberi kelegaan kepada semua pihak terutamanya barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Ini kerana, pengorbanan mereka bukan biasa-biasa, jika anda ditempat mereka pun rasanya mungkin tiada yang sanggup walaupun dibayar elaun tambahan ketika bertugas.

Apa yang pasti, khidmat yang ditawarkan oleh barisan hadapan Kementerian Kesihatan ini bukan bersandarkan kepada wang elaun semata-mata tetapi, amanah yang diberikan.

Penulis terbaca kisah di dalam laman sosial mengenai sorang jururawat yang menjaga wad pesakit Covid-19, beliau tidak bertemu anak kecilnya selama lebih seminggu lalu.

Komen yang ditinggalkan pemilik akaun ‘Yantienur71’ dalam laman Instagram memaklumkan sepupunya mengasuh anak jururawat berkenaan mengundang sebak banyak pihak.

“Sepupu saya mengasuh anak ‘nurse’ yang kena bertugas di wad Covid… dah lebih seminggu tidak ambik anak…berbual dengan anak melalui ‘voicecall’ sahaja.

“Si ayah pun tidak berani ambik anak sebab dia ada berhubungan dan bersentuhan dengan si mak…kesian tengok mereka..bila ‘voicecall’ semua menangis,” katanya.

Jadi, bayangkan hati seorang ibu, apabila tidak bertemu dengan anaknya sekian lama. Ya baru seminggu… tetapi saat berjauhan dengan si kecil berlinang juga air mata.

Kebimbangan jururawat berkenaan ada kewajaran kerana baru-baru ini telah disahkan bahawa ada juga barisan hadapan yang juga jururawat telah disahkan positif Covid-19.

Itu baru kisah berjauhan dengan anak kecil, penulis percaya banyak kali kisah-kisah di sebalik tabir mengenai pengorbanan barisan hadapan Kementerian Kesihatan ini.

Bukan mahu menafikan jasa dan sumbangan pihak lain, tetapi, mereka lebih terkesan. Apa-apa pun mari kita bersama-masa main peranan dalam membendung wabak ini dari terus merebak.

Bagaimana? Duduk dirumah sahajalah…macam Perdana Menteri minta ‘tinggal di rumah dan lindungi diri sendiri serta keluarga. Senang bukan?, tidak perlu dilukis-lukis.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here