Covid-19: Kita perlu bersedia untuk keadaan lebih buruk

0
223

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mempunyai sebanyak 5, 292 katil yang dikhususkan untuk pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, katil itu termasuk 3,400 di 26 hospital dan 1,892 di Institut Latihan kementerian.

Terbaharu katanya, kementerian sedang menyiapkan 600 katil sebagai persediaan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps).

“Katil yang disediakan ketika ini memadai. Tetapi kita perlu bersedia untuk situasi lebih buruk. Di Maeps kita ada 400 katil di Dewan A dan 200 katil di Dewan B.

“Jika kita kurang bersedia maknanya kita tidak bersedia. Ia boleh dijadikan model contoh penggunaan dewan atau stadium tertutup jika diperlukan kelak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, jika jumlah kes melebihi 1,000 kes sehari, pastinya memerlukan katil dalam kuantiti banyak.

“Jadi apa kita lakukan sekarang adalah bersedia untuk keadaan lebih buruk. Petang esok petang susunan katil di Maeps dijangka boleh siap,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here