Covid-19: Korban ke-20 selamat dikebumikan

0
78

KOTA BHARU- Jenazah korban ke-20 Covid-19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Manok, Pasir Puteh pukul 11 malam tadi.

Jenazahnya dibawa ke tanah perkuburan berkenaan pukul 9 malam dengan diiringi petugas kesihatan yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Pengebumian Yunus Udin, 76, dikendalikan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibantu Unit HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Bharu dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kawasan tanah perkuburan itu dikawal rapi bagi memastikan orang ramai tidak menghampiri kawasan berkenaan sehingga proses pengebumian selesai.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-20 Covid-19, membabitkan seorang lelaki berusia 76 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Seri Petaling.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai pada 18 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia pukul 4.35 petang semalam.

Kes berkenaan menjadikan kematian kedua di Kelantan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here