Covid-19: Korban ketiga selamat dikebumikan

0
104

TAWAU- Jenazah lelaki warga tempatan yang meninggal dunia akibat jangkitan virus Covid-19 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Tawau, Sabah pada pukul 10.20 malam tadi.

Jenazah lelaki berumur 58 tahun membabitkan kes ke-152 daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Seri Petaling di Kuala Lumpur tiba di tanah perkuburan itu dari Hospital Tawau, kira-kira pukul 10 malam.

Kelihatan lima petugas hospital yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE), mengangkat jenazah menggunakan pengusung hospital.

Bagaimanapun tiada seorang pun, termasuk ahli keluarga dan media dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian jenazah yang juga kematian ketiga akibat Covid-19 di negara ini.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac selepas dikesan positif Covid-19, beliau mengalami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut Teruk, serta diberi bantuan pernafasan.

Tahap kesihatannya didapati semakin merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum disahkan meninggal dunia semalam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here