Covid-19: Korea Selatan laksana kuarantin mandatori bagi pelawat asing

0
152

CYBERJAYA – Kesemua pelawat yang memasuki Korea Selatan wajib menjalani kuarantin mandatori selama dua minggu mulai 1 April.

Menurut portal The Guardian, arahan ini diumumkan oleh Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun hari ini.

“Arahan ini turut meliputi pelawat dari luar negara yang berkunjung dalam tempoh singkat, kerana kami mahu menghalang sebarang lawatan dengan tujuan tidak penting, seperti melancong,” kata Sye-kyun.

Dalam pelaksanaan arahan tersebut, mana-mana individu yang tidak mempunyai alamat surat-menyurat di Korea Selatan akan dikuarantin selama dua minggu di premis milik kerajaan, dengan segala perbelanjaan ditanggung individu sendiri.

Sebelum ini, arahan kuarantin mandatori hanya dikenakan pada pelawat yang tiba dari Amerika Syarikat dan Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here