Covid-19: KTMB kibar Jalur gemilang tanda solidariti

0
216

CYBERJAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memulakan kempen Kibar Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti rakyat bersama memerangi wabak Covid-19 ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya dalam memberi kesedaran dan galakan menyokong usaha kerajaan.

“Kami berharap kempen itu mampu meningkatkan semangat patriotisme dan moral rakyat khususnya kepada para adiwira barisan hadapan yang sedang terus berjuang mengekang penularan wabak tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jalur Gemilang telah mula dinaikan di ibu pejabat syarikat itu di Jalan Sultan Hishammuddin dekat sini.

Tambah beliau, pengibaran bendera itu juga akan dilakukan di semua stesen rangkaian KTMB di seluruh Semenanjung.

Beliau juga menyeru orang ramai yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melakukan apa sahaja bagi menyahut seruan ini.

“Ia boleh dilakukan sekecil-kecil menggunakan imej Jalur Gemilang sebagai contoh ikon atau pelekat di aplikasi WhatsApp serta memuat naik status melalui medium media sosial.

“Apatah lagi ketika ini penggunaan telefon pintar amat tinggi kerana rata-rata berada di rumah,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here