Covid-19: LZS hadkan urusan orang awam

0
83

SHAH ALAM – Pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) menjadi antara institusi agama seperti masjid di Perlis yang mengehadkan urusan melibatkan orang ramai.

Divisyen Perhubungan Stakeholder dan Komunikasi Korporat LZS memberitahu, tindakan tersebut selaras dengan kemaslahatan ummah bagi mengelak pelanggan mereka daripada sebarang mudarat.

“Pihak LZS menggalakkan transaksi secara tidak bersemuka antara pihak pelanggan dan kakitangan kami.

“Sehubungan dengan itu pihak LZS menggalakkan transaksi secara dalam talian,” katanya kepada sebuah portal berita dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya menggalakkan transaksi secara dalam talian bagi urusan semakan bantuan dan semakan penyata zakat.

Jelas kenyataan itu lagi,orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://ezo.zakatselangor.com.my dan https://fpx.zakatselangor.com.my untuk tindakan lanjut.

“Pihak LZS menerima 1,500 pelanggan di 27 cawangan dan ibu pejabat setiap hari di seluruh Selangor.

“Sehubungan itu, langkah mengadakan transaksi secara dalam talian dan memastikan kebersihan premis di tahap optimum dengan mengadakan proses disinfeksi secara berkala telah dijalankan,”katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here