Covid-19: LZS sedia agihan khas RM15 juta

0
129

SHAH ALAM – Sebanyak RM15 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor(LZS) kepada pihak yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop, peruntukan tersebut diberi kepada penjaja atau peniaga kecil dan golongan B40 yang terjejas sumber pendapatan mereka.

“Selain itu peruntukan agihan khas itu turut disalurkan bagi menampung keperluan peralatan perubatan hospital-hospital yang beroperasi dalam menangani Covid-19.

“Dengan peruntukan ini ia juga disalurkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang terputus bekalan makanan, “katanya dalam kenyataan hari ini.

Saipolyazan menambah, golongan yang terjejas boleh memohon bantuan tersebut bermula 25 Mac ini dengan menghubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 iaitu Isnin hingga Jumaat bermula pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

Selain itu beliau berkata, LZS akan mempercepatkan penyaluran Bantuan Kewangan Bulanan pada 23 Mac kepada asnaf yang menerima agihan bulanan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here