Covid 19: Majlis Keselamatan Negara ambil alih pengurusan

0
405

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pengurusan Covid-19 kini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan perkembangan terkini wabak itu di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, satu perkara besar juga akan diumumkan malam ini selepas beliau mempengerusikan mesyuarat khas bersama semua Jemaah Menteri dan agensi yang terbabit dengan kawalan wabak itu, petang ini.

“Petang ini saya akan mempengerusikan mesyuarat khas yang akan dihadiri semua menteri dan agensi berkaitan. Pengurusan Covid-19 kini berada di bawah MKN.

“Kita akan bincangkan langkah yang akan diambil dan dilaksanakan untuk menguruskan krisis ini.

“Kami memandang serius situasi ketika ini yang memasuki gelombang kedua dengan peningkatan jumlah kes yang ketara. Saya akan umumkan berita besar malam ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here