Covid-19: Majlis tilawah al-Quran ditangguhkan

0
101
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa ditangguhkan akibat Covid-19

CYBERJAYA – Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 11 April ini ditangguhkan berikutan Covid-19.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya berkata, acara tahunan itu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Tindakan ini susulan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara yang melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MTHQA yang diurusetiakan oleh Jakim merupakan acara tahunan negara sejak 61 tahun yang lalu.

Acara itu disertai oleh lebih 60 buah negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan semua jenis perhimpunan termasuk acara keagamaan ditangguhkan terlebih dahulu berikutan Covid-19.

Sehingga semalam jumlah kumulatif positif Covid-19 ialah sebanyak 197 kes di Malaysia dengan empat kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here