Covid-19: Malakat Mall sumbang makanan kepada barisan hadapan APM

0
1154

KAJANG – Bahagian Food & Baverage (F&B) Malakat Mall hari ini tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberikan sumbangan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pengarah F&B Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, sumbangan berkenaan berupa 200 bekas makanan dan minuman untuk anggota APM yang perlu bertugas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya juga telah menghulurkan sumbangan makanan kepada untuk para jururawat, doktor dan kakitangan barisan hadapan Hospital Sungai Buloh yang bertugas ketika wabak Covid-19.

Beliau berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan sedikit beban para anggota APM yang perlu bertugas mengikut bidang kuasa mereka dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi.

“Difahamkan APM juga memainkan peranan dalam membendung penularan Covid-19, jadi kita harapkan segala usaha pihak berkuasa akan membuahkan hasil. Hari ini, kita tampil meringankan beban mereka.

“Sumbangan makanan ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan tugas mereka. Petugas barisan hadapan ini juga perlu diberikan perhatian sewajarnya. Terima kasih warga APM yang menjalankan tugas.

“Selepas ini, kita rancang untuk agihkan sumbangan makanan kepada pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya yang menjadi barisan hadapan ketika ini,” katanya.

Terdahulu, Aziz yang mengetuai Bahagian F&B Malakat Mall menyerahkan sendiri sumbangan makanan itu kepada Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan ​​​​Wahab di ibu pejabat APM di sini.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, Malakat Mall dengan kerjasama Kumpulan Brainy Bunch ada menganjurkan program Sadaqah untuk membantu mereka di saat yang memerlukan.

“Kita aktifkan dapur untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan dan hari ini kita bantu barisan hadapan yang berdepan dengan Covid-19. Orang lain juga kita salurkan bantuan termasuk golongan B40.

“Ini adalah cara kita bantu masyarakat. Diharapkan sumbangan yang disampaikan dapat meringankan sedikit beban mereka di sini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here