Covid-19: Malaysia catat kematian ke-20

0
148

CYBERJAYA – Seorang lelaki warga emas berumur 76 tahun menjadi korban ke-20 wabak Covid-19 di negara ini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut merupakan kes ke-780 daripada kluster perhimpunan tabligh.

“Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac lalu.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, hari ini,” katanya dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham yang mewakili Kementerian Kesihatan (KM) turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga allahyarham.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here