Covid-19 : Mapim seru tunaikan solat hajat di rumah

0
87

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim) menyeru semua Muslimin melakukan solat hajat di rumah masing-masing untuk memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada wabak Covid-19 yang semakin merebak.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sebagai Muslim adalah perlu untuk memohon perlindungan daripada Allah SWT selain memastikan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan dijaga.

“Perlu disedari bahawa adab setiap Muslim bila berdepan musibah ialah mereka kembali bersandar kepada Allah sebagai sumber perlindungan.

“Walaupun kita dituntut sedaya upaya ikhtiar untuk mengguna kaedah pencegahan dan rawatan terkini , namun kaum Muslimin tidak sepatutnya terputus dari meletakkan harapan kepada Allah SWT,” katanya dalam kenyataan menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Katanya, setiap Muslim tidak sepatutnya meremehkan usaha berdoa dan kembali melaksanakan suruhan Allah SWT bila berhadapan musibah.

“Setiap Muslim harus sentiasa bermuhasabah terhadap apa sahaja musibah yang menimpa diri, keluarga dan masyarakat.

“Kami berharap ketulusan semua Muslimin bersandar kepada takdir Allah SWT, dapat membantu semua rakyat agar suasana cemas tidak bertukar menjadi ketegangan sosial,” ujarnya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here