Covid-19: Masih ada yang berdegil – Ismail Sabri

0
73
masih ada segelintir orang awam yang ingkar perintah kawalan pergerakan.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Biarpun peratusan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) meningkat, masih ada yang ingkar sehingga memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis terpaksa menahan 116 jemaah kerana tidak mematuhi PKP dengan mengadakan solat Jumaat di sebuah masjid semalam.

“Semalam di satu daerah, sembahyang Jumaat masih diadakan walaupun arahan dikeluarkan supaya tidak ada solat Jumaat. Seramai 116 jemaah terpaksa ditahan.

“Ada lima lagi masjid masih mengadakan solat berjemaah dan saya harap tidak lagi berlaku keingkaran kepada PKP,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kerajaan turut menyediakan 12 pesawat komersial bagi membawa pulang 3,162 rakyat Malaysia yang terkandas di 60 negara.

Beliau berkata, setakat ini 2,612 rakyat sudah dibawa pulang termasuk 1,988 rakyat yang berada di India, semalam.

“Rakyat kita juga terkandas di Kaherah, Mesir akan dibawa pulang esok. Pesawat akan ke Brunei dulu kemudian ke Kuala Lumpur.

“Rakyat dan pelajar kita yang terkandas di luar negara supaya menghubungi pejabat kedutaan untuk buat aduan dan saya juga minta rakyat kita patuhi undang-undang dikeluarkan di negara berkaitan,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here