Covid-19 : Maybank Kajang ditutup untuk pembersihan

0
365

CYBERJAYA – Maybank cawangan Kajang mengumumkan penutupan operasi hari ini bagi operasi pembersihan premis berkenaan ekoran salah seorang kakitangannya terdedah dengan individu positif Covid-19.

Dalam notis yang dikeluarkan Maybank Islamic, penutupan premis yang beralamat 28-30 Jalang Tukang, Bandar Kajang itu adalah sebahagian daripada langkah pencegahan untuk melindungi kesihatan pelanggan dan kakitangan.

“Cawangan ini akan dibuka semula pada 18 Mac.

“Pelanggan boleh melakukan transaksi perbankan melalui saluran atas talian atau berurusan di cawangan Maybank di Bandar Sungai Long, Bandar Baru Bangi, Cheras Selatan dan Semenyih,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here