Covid-19: Pahang hadkan operasi premis perniagaan di 5 daerah 

0
79

CYBERJAYA – Kerajaan Negeri Pahang bersetuju mengeluarkan arahan penutupan premis perniagaan di lima daerah negeri itu yang didapati positif Covid-19 bermula 21 Mac ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lima daerah itu melibatkan Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong yang mencatatkan jumlah kes terbaharu hari ini iaitu 32 kes.

“Penutupan premis perniagaan itu tertakluk kepada semua jenis perniagaan bermula pukul 7 petang hingga 7 pagi,” katanya dalam sidang akhbar seperti dipetik portal Pahang Media hari ini.

Tambah Wan Rosdy, Cameron Highlands merupakan daerah pertama telah melaksanakan penutupan premis bermula pukul 7 petang semalam.

Menurut beliau, tindakan itu bertujuan membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin serius di negara ini.

Beliau berharap orang ramai dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal di rumah masing-masing bagi memastikan tiada peningkatan kes yang ketara dalam masa terdekat.

“Saya sangat berharap tiada peningkatan kes di negeri ini dengan jumlah 32 kes itu kekal untuk hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here