Covid-19: Pak Din puji kecekapan KKM

0
138

CYBERJAYA- Seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19 memuji kecekapan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengendalikan pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

Ariffin Mamat berkata, pada pukul 4 petang semalam beliau dimaklumkan melalui panggilan telefon dari Pusat Kesihatan Gombak bahawa sampel ujiannya positif Covid-19

“Pemanggil itu tenang dan saya juga tenang. Saya memberitahu isteri dan ahli keluarga. Kami semua menerimanya dalam keadaan tenang sahaja.

“Saya mengaturkan dengan Pusat Kesihatan yang sama untuk ahli keluarga saya mengambil sampel ujian yang akan dilakukan pada hari ini.

“Kakitangan KKM memberikan kerjasama dengan baik dan mengalu-alukan untuk melakukan ujian,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Menurut Ariffin, ambulans membawanya ke Hospital Sungai Buloh tiba dirumahnya pada pukul 9.40 malam, walaupun bunyi siren membelah trafik, kakitangan tetap tenang dan menyakinkan.

“Kemasukan berjalan lancar, terus ke atas kerusi roda daripada ambulans ke katil yang disediakan. Setiap maklumat yang diperlukan untuk mendaftar sudah ada dalam sistem mereka.

“Saya amat menghargai kecekapan dan perkongsian data KKM. Saya lakukan ujian di HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan petugas yang membuat susulan ialah dari KKM Gombak Setia iaitu yang dekat dengan rumah saya.

“Ambulans dari Rawang dan katil hospital untuk saya sudah siap menunggu di Hospital Sungai Buloh. Lihat perancangan daripada pihak KKM yang amat mengkagumkan ini,” katanya yang mesra di sapa sebagai Pak Din.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here