Covid-19: Pejabat Imigresen Putrajaya ditutup

0
263
Seorang kakitangan Jabatan Imigresen menunjukkan notis penutupan Pejabat Imigresen Putrajaya susulan Perintah Kawalan Pergerakan

CYBERJAYA – Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya menutup operasinya kepada orang ramai susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurutnya dalam satu kenyataan, penutupan itu bermula hari ini sehingga 31 Mac hadapan.

“Selaras dengan keputusan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan bagi mencegah ancaman wabak Covid-19, Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya ditutup kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 31 Mac ini.

“Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara di talian 03-88882010,” katanya hari ini.

Notis yang dikeluarkan hari ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mengumumkan perintah larangan tersebut berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Sehingga semalam, sebanyak 117 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif positif wabak itu di seluruh negara ialah 790 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here