Covid-19: Pelaksanaan PKPD kerana peningkatan kes di Menara City One

0
115
Menara City One, Jalan Munshi Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 17 kes jangkitan positif Covid-19 yang berlaku di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah dilaporkan mempunyai kaitan dengan perhimpunan jemaah tabligh yang berlangsung di Masjid Sri Petaling pada hujung Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan yang mendadak kes Covid-19 di kawasan itu menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

“Kes indeks ini telah menjangkiti ahli keluarga tersebut. Kebanyakan yang terlibat ialah tiga apartmen iaitu melibatkan seramai keluarga 12 ahli.

“Jadi ada kes yang mendadak di apartmen itu, tindakan kita ialah PKPD di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD di keseluruhan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, di ibu negara bermula jam 12 tengah malam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Menteri Kesihatan. – MBNews

Menara City One under enhanced movement control

Sumber: Samsul Said.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here