Covid-19 : Pengerusi UDA positif, turut bertemu dengan pemimpin negara

0
147
Hisham Hamdan

KUALA LUMPUR – Individu yang dilaporkan positif Covid-19 oleh UDA Holdings Berhad (UDA) semalam adalah Pengerusi agensi berkenaan, Datuk Hisham Hamdan.

Sumber dalaman UDA memberitahu, syarikat itu telah mengeluarkan notis menasihati individu yang berhubung secara langsung dengan Hisham supaya menjalani pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan.

Berita penularan terbaharu itu turut mencetuskan kebimbangan jangkitan kepada beberapa individu yang bertemu dengan Hisham dalam satu majlis di sebuah hotel baru-baru ini.

Antaranya yang hadir dalam pertemuan adalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof, timbalannya, Datuk Dr. Hatta Ramli dan barisan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Semalam Khazanah Nasional turut mengumumkan salah seorang kakitangannya disahkan positive Covid-19 dan menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Bagaimanapun tidak ada bukti menunjukkan kesemua yang terdedah telah dijangkiti Covid-19. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here