
RAUDHAH CITY – Kira-kira 200 pengunjung di pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall menunaikan solat hajat secara berjemaah bagi mendoakan agar negara dijauhi daripada bahaya wabak penyakit Covid-19.
Solat sunat tersebut yang diimamkan oleh Pengetua Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, ustaz Aden Sacra diadakan selepas solat maghrib di hadapan ruang legar pusat beli belah itu.
Wabak Covid-19 gelombang kedua telah mencatatkan sebanyak 190 kes positif baharu hari ini.

Jumlah jangkitan baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 428 kes. -MT