Covid-19: Penumpang Qatar Airways dari Doha ke P.Pinang diminta jalani ujian

0
154

CYBERJAYA – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan penumpang penerbangan jarak jauh dari Doha ke negeri itu pada 19 Mac lalu melapor diri ke jabatan itu bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

Menerusi hantaran akaun rasmi Facebook jabatan itu, dalam nota ‘Amaran Covid-19’, penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways yang tiba pada pukul 2 petang tarikh tersebut diminta menghubungi talian 04-2818900 dengan segera.

Sehingga kini terdapat 86 kes positif Covid-19 dengan 1 kematian di Pulau Pinang. Di seluruh negara, 2,320 kes positif virus itu dicatatkan dengan angka kematian mencecah 27, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here