Covid-19: Pertambahan 4 kes kematian, 235 kes baharu hari ini

0
70

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kemeterian Kesihatan (KKM) mengesahkan 235 kes baharu  akibat Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan kes keseluruhan kematian sebanyak 23 kes.

Menurutnya, terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 215 kes.

“Sehingga pukul 12 tengah hari hari ini, terdapat 235 kes baharu dilaporkan,” katanya dalam Sidang Akhbar Khas Covid-19 di kementerian itu hari ini .

Beliau berkata, tambahan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,031.

Jelasnya, 60 daripada kes baharu adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Masjid Seri Petaling manakala baki 175 kes masih dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan kluster lain.

“Dalam pada itu, 45 kes positif sedang dirawat di ICU manakala 32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here