Covid-19: Pertambahan satu lagi kes kematian hari ini

0
86

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sehingga kini, terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Menurutnya, pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.

“Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

“Beliau telah mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya hari inu.

Beliau berkata, hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 pukul 9.30 malam.

“Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here