Covid-19: Pesta Buku Digital ganti KLIBF 2020

0
131

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF 2020) yang
dijadual berlangsung antara 27 Mac sehingga 5 April 2020 di Pusat Dagangan Putra di Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu penaja KLIBF 2020, menerusi satu kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, penangguhan tersebut mengakibatkan kekosongan aktiviti yang ketara dalam dunia perbukuan kerana program tahunan berkenaan dianjurkan setiap April sejak 1970-an.

“Sehubungan itu, stor buku digital e-Sentral, menyahut keperluan dan rintihan dengan mengadakan Pesta Buku Digital Malaysia 2020 bagi mewujudkan peluang untuk penerbit terus menjual dan juga pembaca mendapatkan eBook kegemaran mereka secara dalam talian,” menurut kenyataan itu.

Pesta Buku Digital ini bakal berlangsung pada 27 Mac sehingga 5 April 2020, selama 24jam, dan akan melibatkan harga diskaun dari 10 peratus sehingga 70 peratus untuk buku-buku elektronik popular dan pendidikan.

Hanya layari www.e-sentral.com, atau muat turun aplikasi e-Sentral daripada Play Store, dan caei eBook kegemaran anda.

Pesta Buku Digital ini dijangka akan mendapat sambutan tinggi kerana khalayak ramai yang lebih selesa membuat aktiviti dalam talian tanpa keluar premis masing-masing kebelakangan ini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia seharusnya tidak melupakan bahawa Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO pada tahun ini, dan pesta buku digital dalam talian ini adalah satu kaedah untuk menyambut pengiktirafan ini.

Dalam usaha menyantuni budaya membaca ini, saban tahun sebelum ini telah diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertujuan menarik lebih ramai pembaca untuk menambahkan koleksi pembacaan mereka dan membawa penerbit dari luar negara untuk mempromosikan bahan terbitan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here