Covid-19: Petugas perubatan diberi perhatian

0
73

Mohd. Khairuddin Othman (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan kepada Dr. Fauziah Ahmad untuk diberikan kepada petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh, semalam.

SHAH ALAM – Walaupun pesakit yang menjadi mangsa Covid-19 ditempatkan di Hospital Sungai Buloh, petugas di hospital daerah dan klinik kesihatan turut memainkan peranan penting.

Menurut Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan Dan Modal Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman, petugas di klinik kesihatan mempunyai tugas yang lebih berat iaitu menyaring saspek Covid-19.

“Kita amat memahami betapa penting dan gentingnya tugas kakitangan Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang perlu menyaring dengan kaedah perubatanlebih teliti.

“Mereka juga terdedah dengan virus Covid-19 yang boleh berjangkit melalui pesakit yang tidak tahu bahawa telah mendapat virus tersebut,” katanya semasa membuat lawatan ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh di sini, semalam.

Yang hadir sama Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Dr. Fauziah Ahmad.

Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras menambah, bagi meringankan beban para petugas, beliau menyampaikan bantuan dan sumbangan berbentuk makanan dan barangan keperluan kepada petugas terlibat.

“Kawasan Sungai Buloh secara khususnya telah dijadikan pusat bagi pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19. Lawatan ini sebagai sokongan kepada petugas kesihatan yang telah di kuarantin sepanjang mereka bertugas.

“Antara bantuan diserahkan adalah makanan minuman dan wang tunai RM2,500 kepada kelab kakitangan klinik di sini, “katanya.

Beliau menambah, susulan pengumuman Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bagi meringankan beban kewangan petugas hospital di Selangor yang terlibat dengan operasi Covid-19, bantuan sebanyak RM200 ‘one off’ akan diberikan.

Bantuan sama turut diberi kepada petugas di Klinik Kesihatan Sungai Buloh tersebut. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here