Covid-19: Produk jenama Suri turut terjejas

0
637

CYBERJAYA- Ketika ini ramai para usahawan terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKD) yang dilaksanakan sejak 18 lalu.

Walau bagaimanapun mereka akui bahawa perintah kawalan berkenaan dilaksanakan untuk kebaikan dan kesejahteraan semua pihak di negara ini.

Antara yang terkesan ialah MyThree A Star Enterprise iaitu syarikat yang menghasilkan Produk pencuci jenama Suri yang berpangkalan di Sri Manjung, Perak.

Pengarah MyThree A Star Enterprise, Surianti sobri

Pengarahnya, Surianti Sobri berkata, syarikatnya ketika ini berdepan masalah untuk menghasilkan produk kerana kekurangan bahan mentah.

“Ya, kami terkesan sebab bahan mentah yang dipesan tidak dapat diambil kerana penutupan kilang. Jadi, kami tidak boleh hasilkan produk.

“Sekarang permintaan banyak, terpaksa hentikan untuk proses hasilkan produk sebab bahan-bahan tidak cukup. Harap pelanggan faham,” katanya.

Mengulas lanjut, Surianti berkata, proses menghasilkan 12 produk bahan pencucui jenama Suri akan kembali normal selepas PKD.

Mengulas mengenai pemintaan terhadap produknya di pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall, Surianti berkata, sambutannya amat baik.

“Sekarang semua produk tidak cukup, pada pembukaan Malakat Mall, kami sudah hantar 3,000 botol produk pencuci tetapi tidak cukup.

“Mereka ada hantar pesanan baru, Insyaallah kami akan berusaha untuk memenuhi tempahan berkenaan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Surianti memaklumkan syarikatnya juga turut menghasilkan produk ‘Hand Sanitizer’ untuk jualan kepada pelanggan.

“Kami sebenarnya telah menghasilkan ‘Hand Sanitizer’ sejak dahulu lagi, sekarang permintaan untuk produk itu tinggi.

“Kami ada bekalkan produk ini di Raudhah Grocer, mereka yang ingin mendapatkannya boleh berkunjung ke pasar raya berkenaan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here