Covid-19: Pusat Sains Negara, Planetarium Negara ditutup sementara

0
271

CYBERJAYA – Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup kepada orang awam mulai hari ini sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak susulan penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berikutan wabak tersebut mencatat peningkatan semalam dengan merekodkan 190 kes..

“Susulan penularan wabak Covid-19, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara akan ditutup kepada orang awam bermula hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya dalam hantaran melalui akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan Covid-19 dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah kes positif wabak berkenaan di negara ini kepada 428 kes.

Dr. Adham berkata, berdasarkan siasatan awal kementeriannya, kebanyakan kesan baharu berkenaan adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here