Covid-19: Saringan susulan buat jemaah tabligh

0
125
NOOR HISHAM ABDULLAH

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan pemantauan dan saringan susulan kepada jemaah tabligh yang sebelum ini didapati negatif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengesanan jemaah tabligh yang menghadiri ijtimak di Masjid Sri Petaling pada penghujung Februari lalu akan terus dipertingkat dengan bantuan pihak polis.

Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk membawa mereka datang ke hospital atau klinik bagi menjalani saringan itu.

“Itu yang penting, iaitu untuk kita mengesan mereka. Apabila dapat kesan, baru kita dapat buat ujian saringan.

“Kalau positif, baru masuk hospital atau tempat kuarantin. Tapi kalau negatif, kita akan lihat bagaimana boleh susuli rawatan mereka ketika dalam kuarantin,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

KKM semalam mendedahkan nisbah kes positif bagi setiap jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling yang disaring adalah satu kepada 10.

Secara keseluruhan, pihaknya telah menyaring seramai 11,000 jemaah. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here