Covid-19: Sekolah, universiti di Arab Saudi ditutup

0
61

KAHERAH – Arab Saudi mengumumkan penutupan sementara sekolah, universiti dan institusi pendidikan susulan kebimbangan jangkitan Covid-19 bermula Isnin.

Memetik laporan Berita Harian, media tempatan melaporkan penutupan itu akan berkuat kuasa sehingga notis lanjut.

Menteri Pendidikan, Hamad Al-Sheikh mengarahkan sesi pembelajaran diadakan secara jarak jauh sepanjang penggantungan itu.

Sehingga kini, negara itu merekodkan empat lagi kes jangkitan pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 kes.

Sementara itu di Dubai, semua aktiviti pendidikan dan al-Quran di masjid di Arab Saudi digantung bagi membantu mencegah penyebaran coronavirus.

Negara itu turut menggantung ibadat umrah dan menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here