Covid-19: Singapura lapor kes kematian ketiga

0
54

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan kematian ketiga akibat wabak Covid-19, hari ini.

Memetik laporan portal The Guardian, mangsa tersebut merupakan seorang lelaki berumur 70 tahun yang tidak mempunyaj rekod perjalanan ke mana-mana negara yang terjejas.

Mangsa yang mempunyai rekod hipertensi dan hiperlipidaemia itu dimasukkan ke hospital pada 29 Februari lalu dan berada di unit rawatan rapi (ICU) sejak 2 Mac.

Sementara itu, sebanyak sebanyak 70 kes baharu dilaporkan menjadikan kes kumulatif disahkan positif di republik tersebut kepada 802.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here