Covid-19: Solat Jumaat, berjemaah ditangguhkan di masjid

0
113
Semua aktiviti di masjid dan surau ditangguhkan bermula esok

CYBERJAYA – Semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan bermula esok hingga 26 Mac ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Sehubungan itu, jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

“Tempoh sepuluh hari berkenaan adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia.

Beliau berkata, bagaimanapun, kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.

“Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, muzakarah tersebut menyerahkan perihal solat Jumaat dan pengurusan jenazah kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

Bagaimanapun, katanya, bagi penangguhan segala aktiviti di masjid dan surau serta pengurusan jenazah adalah terpakai di Wilayah Persekutuan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here