Covid-19: Thailand, Filipina dan Kemboja catat peningkatan kes

0
110

CYBERJAYA- Tiga negara Asia Tenggara iaitu Thailand, Filipina dan Kemboja mengesahkan sejumlah kes baharu Covid- 19, semalam.

Thailand mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 122 kes baharu, Filipina dengan 16 kes, disusuli Kemboja dua kes.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Thailand, Taweesin Wisanuyothin, dalam satu sidang akhbar berkata, 20 daripada kes baharu itu mempunyai kaitan dengan kes terdahulu.

Selain itu, turut direkodkan 10 kes import baharu, sementara 92 kes lagi masih peringkat penyiasatan khususnya bagi mengenal pasti punca jangkitan itu tersebar.

Thailand setakat ini mencatatkan satu kematian, sementara 52 pesakit sudah kembali pulih dengan 668 individu masih dirawat di hospital.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan positif Covid-19 di negara itu kepada 721 kes.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan Filipina, Mario Rosario Vergeire, mengesahkan lapan kes kematian baharu Covid-19 dengan 16 tambahan kes baharu.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian di negara itu kepada 33 kes dengan keseluruhan kes meningkat kepada 396.

Di Kemboja pula, pihak berkuasa kesihatannya melaporkan dua kes terbaharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu bertambah kepada 86 kes.

Dalam satu hantaran di Facebook, Jabatan Komunikasi Kawalan Penyakit Kemboja memaklumkan ada kemungkinan berlaku penularan wabak berkenaan dalam kalangan orang ramai.

“Kami belum mengenal pasti sebarang bukti berlakunya penyebaran wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat, tetapi tidak menolak kemungkinan itu,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here