Covid-19: Tiada kematian di Malaysia

0
98

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan mengenai terdapat satu kes kematian akibat jangkitan Covid-19.

Difahamkan, sebuah video mengenai kematian Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) yang berlaku beberapa tahun lalu ditularkan semula dan dikaitkan dengan Covid-19.

Video berkenaan tular dalam Twitter hari ini, sehingga mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk meminta pengesahan daripada Kementerian Kesihatan.

Kementerian berkenaan menerusi ciapan dalam Twitter rasmi ‘KKMPutrajaya’, menjelaskan tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat ini.

“Anda mungkin salah. Tiada kematian di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kementerian turut menafikan dakwaan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan bagi mengisytiharkan darurat.

Ciapan Twitter palsu itu mendakwa maklumat daripada kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) satu mesyuarat tergempar diadakan bersama tentera, polis dan pihak berkuasa lain susulan Covid-19 yang memungkinkan pengisytiharan darurat.

“Jangan tularkan. Ini adalah berita palsu,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here