Covid-19: Tiada solat Jumaat di Perlis hari ini

0
137

CYBERJAYA – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan solat Jumaat hari ini digantikan dengan solat zohor berikutan perkembangan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Perkara itu dinyatakan dalam satu surat disiarkan dalam akaun Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang ditandatangani Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamaluddin hari ini.

Tuanku Syed Sirajuddin berkata, MAIPs mendapat pandangan dan nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan Covid-19 serta pandangan dan Irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

“Hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaharu seperti yang telah dimaklumkan oleh KKM.

“Justeru itu, pihak KKM meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan,” kata beliau.

Tambah Tuanku Syed Sirajuddin, pengurusan masjid-masjid di negeri itu hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan apa-apa aktiviti perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

“Maka dinasihatkan agar individu Muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan,” kata beliau. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here