Covid-19: Tom Hanks dan isteri disahkan positif

0
179
Hanks dan isteri, Rita Wilson. – AGENSI

CYBERJAYA – Bintang Hollywood Tom Hanks mendedahkan bahawa beliau dan isterinya, Rita Wilson positif virus Covid-19.

Menurut portal South China Morning Post, pendedahan tersebut dibuat melalui akaun Instagram miliknya, awal hari ini.

“Rita dan saya berada di Australia. Kami sedikit letih, seperti kena selesema, dan sakit-sakit badan.

“Rita sering kesejukan, dan rasa tersebut datang dan pergi. Sedikit demam. Jadi, kami telah menjalani pemeriksaan dan disahkan positif ,” kata Hanks dalam paparan tersebut.

Hanks merupakan teraju utama dalam filem Forrest Gump, Saving Private Ryan dan Captain Phillips, berada di Australia bagi penggambaran filem biopic Elvis Presley.

Setakat hari ini, Australia mempunyai 120 kes positif Covid-19 yang sudah disahkan, dengan 3 angka kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here