Covid-19: Wad Paediatrik Hospital Selayang ditutup

0
91

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Semua wad Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas dua kakitangan jabatan tersebut disahkan positif Covid-19.

Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad Paediatrik.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang disahkan positif Covid-19 dan siasatan lanjut masih berjalan.

“Kami tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad dan pesakit sedia ada tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai.

“Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain,” jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan 130 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 1,030 kes.

Dalam satu kenyataan berasingan. Dr Noor Hisham turut mengesahkan satu lagi kematian dilaporkan di Tawau mejadikan jumlah kematian di negara ini adalah tiga kes. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here