Covid-19: Wanita kembali ‘serah diri’ ke hospital

0
110

IPOH – Wanita disyaki mengalami gejala dijangkiti virus Covid-19 dan melarikan diri dari Hospital Parit Buntar kelmarin, telah hadir semula ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

Memetik laporan portal Perak Gazette, pekara tersebut dikongsikan wanita berusia 21 tahun itu di laman Facebooknya dan memaklumkan dia kini telah pun dipindahkan ke Hospital Taiping, petang semalam.

Dalam hantarannya di laman sosial itu, wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mendoakan dan meminta agar kecaman ke atasnya dihentikan.

“Saya perlukan semangat anda, bukan kecaman anda. Doakan saya cepat sembuh,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi turut mengesahkan pesakit itu telah hadir semula ke hospital.

“Sudah,” katanya ringkas.

Semalam tular di media sosial seorang pesakit yang mengalami gejala dijangkiti Covid-19 menghilangkan diri semasa sedang menjalani saringan kesihatan di Hospital Parit Buntar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here