Covid-19: Warga emas berumur 66 tahun korban ke-17

0
117

CYBERJAYA – Seorang warga emas berumur 66 tahun menjadi korban ke-17 wabak Covid-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pesakit tersebut yang juga kes ke-1,251 dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac lalu.

Dr. Noor Hisham berkata, keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama dan kemudiannya disahkan positif keesokannya.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada pukul 4.10 pagi.

“Punca jangkitan Covid-19 beliau masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham mewakili Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here