Covid-19: Satu lagi kematian dicatat, jumlah 35 orang

0
257

CYBERJAYA – Satu lagi kes kematian Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif akibat wabak itu di negara ini sebanyak 35 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-35 iaitu kes ke-1,952 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

“Pesakit itu telah mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Sungai Buloh.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 18 Mac. Kesihatan pesakit itu merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pukul 4.00 petang tadi,” katanya dalam hantaran akaun rasmi Facebook milik beliau sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga pesakit tersebut. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here