Cubaan cegah Covid-19, dua maut keracunan Chloroquine

0
133

CYBERJAYA – Nigeria melaporkan dua kes keracunan Chloroquine selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuji dadah anti-malaria itu sebagai rawatan berpotensi untuk wabak Covid-19.

Sebelum ini, pegawai kesihatan negara itu telah mengeluarkan arahan dan memberi amaran kepada orang ramai terhadap pengambilan ubat-ubatan sendiri selepas permintaan untuk ubat itu melonjak di Lagos, sebuah bandar yang mempunyai 20 juta penduduk.

Oreoluwa Finnih, pembantu kesihatan kanan kepada Gabenor Lagos berkata, dua orang dimasukkan ke hospital di Lagos kerana terlebih sukatan pengambilan Chloroquine.


“Tolong jangan panik. Chloroquine masih dalam tahap pengujian dengan kombinasi ubat-ubatan lain dan belum disahkan sebagai rawatan pencegahan atau pilihan rawatan,” katanya dipetik agensi berita Bloomberg.


Pusat Kawalan Penyakit Nigeria memberi amaran bahawa Pertubuhan (WHO) Kesihatan Sedunia tidak meluluskan penggunaan dadah terhadap virus itu.


Negara Afrika yang mempunyai jumlah penduduk paling ramai itu sehingga kini telah mereodkan 22 jangkitan Covid-19 semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here