DBKL jayakan Ops Sanitasi Pasar Borong Kuala Lumpur

0
258
OPS Sanitasi Awam C19 di Pasar Borong Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam melakukan kerja-kerja pembersihan dan nyah jangkitan di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam usaha membendung risiko penularan wabak Covid-19.

Menurut kenyataan DBKL, seramai 95 tenaga kerja dari agensi bersepadu iaitu DBKL, Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Alam Flora terlibat dalam operasi dinamakan Ops Sanitasi Awam C19.

Pembersihan kawasan itu melibatkan penutupan operasi pasar borong berkenaan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan secara menyeluruh dan tamat pada pukul 12 tengah hari. Terima kasih kepada semua petugas yang terlibat dalam menjayakan operasi ini.

“Semoga usaha ini dapat membantu usaha kerajaan memerangi penularan wabak Covid-19,’’ katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here