Diskaun 15 hingga 50 peratus penggunaan elektrik

0
84

CYBERJAYA – Kerajaan memberi diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM530 juta.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam pakej rangsangan ekonomi yang lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan dua peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung mulai 1 April ini.

“Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201
hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600
kilowatt.

“Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil April ini. Sementara itu, diskaun sebanyak 2 peratus seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah,” katanya ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here