Dividen 10% daftar Prabayar Raudhah

0
1547

RAUDHAH CITY – Pengguna yang membeli belah di Malakat Mall berpeluang mendapat hak dividen 10 peratus apabila pusat beli belah itu memperoleh keuntungan dengan mendaftar melalui aplikasi Prabayar Raudhah (Raudhah Prepaid).

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, kemudahan itu boleh diperoleh dengan perlu memuat turun aplikasi Raudhah Prepaid melalui Play Store dan App Store.

Menurut beliau, penggunaan aplikasi itu membolehkan pengguna membeli pelbagai jenis barangan yang terdapat di dalam pusat beli belah tersebut.

“Ini mungkin pertama sekali dalam sejarah dunia apabila pengguna memperoleh dividen sedemikian. Tuan puan hanya perlu memuat turun kedua-dua aplikasi itu dan mendaftarnya.

“Pengguna akan dapat hak dividen 10 peratus apabila Malakat Mall memperoleh keuntungan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah beliau, pengguna yang datang ke pusat beli belah itu digalakkan mendaftar sebagai ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) yang kaunternya dibuka esok.

Beliau berkata, koperasi itu memiliki perkongsian dalam kedai-kedai yang terdapat di dalam Malakat Mall.

“Kita menyediakan satu peluang untuk pulangkan semula kuasa pengguna iaitu mereka membeli di pusat beli belah berkenaan dan peratusan perolehan diberikan kepada pengguna itu sendiri.

“Selain itu, kita juga akan membantu golongan sasar khususnya mereka dalam B40 melalui beberapa projek strategik seperti rumah transit fakir miskin,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here