DIY Malaya ajak orang ramai bercucuk tanam sepanjang PKP

0
589

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Dengar sahaja DIY Malaya sudah pasti ramai di antara kita terlintas di fikiran sebuah premis yang menjual pelbagai kelengkapan dan peralatan rumah.

Perkongsian di Facebook DIY Malaya hari ini mencuit perhatian apabila berkongsi tip bercucuk tanam dengan cara mudah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP).

Menariknya, status jom jimat duit dapur yang dimuat naik sedikit sebanyak membantu memberi sedikit ketenangan fikiran kepada ramai keluarga apabila berdepan PKP ini.

“Ada sayuran mudah yang kita boleh tanam di rumah.

“Di sini DIY Malaya ingin kongsi idea menanam bawang untuk mendapatkan daun bawang yang sentiasa segar dan tak perlu di simpan di dalam peti sejuk,” kongsinya.

Dalam perkongsian itu juga, DIY Malaya menyenaraikan keperluan yang perlu disediakan termasuklah apa sahaja jenis bawang, bekas kecil, papan telur, botol air mineral, pasu dan sedikit tanah.

Katanya, jika anda menggunakan pasu, papan telur atau bekas kecil, anda perlu gunakan tanah.

“Pastikan terdapat lubang di bawah untuk air mengalir keluar.

” Sekiranya anda menggunakan botol air mineral tidak perlu ada lubang, cuma pastikan akar bawang nanti akan sampai ke bahagian air dan kemudiannya tanam dan letakkan berhampiran cahaya yang terang,” katanya.

Paling penting, perkongsian itu turut meninggalkan tip di mana aktiviti itu tidak perlu diletakkan betul-betul di bawah cahaya matahari tetapi perlu siram sedikit secara selang sehari.

DIY Malaya menggunakan ‘tagline’ ‘better than low price’ merupakan sebuah premis baharu yang bakal dibuka kepada pengunjung di sebuab pusat beli belah Muslim pertama Malakat Mall, Cyberjaya.

Pengunjung yang singgah ke DIY Malaya itu nanti dijanjikan akan tertarik dengan pelbagai keperluan harian terutama kelengkapan dan peralatan yang digunakan di rumah sekali gus membantu memudahkan urusan seharian keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here